Salam all,
Kali ni kita nak share resepi pulak. Resepi kek jagung blender. Pakai blender-of course senang gila! Kukus je.. Haahaha~
Nampak tak yang berderai2 tu? Tu sebab try letak ovallette konon nak bagi lembut.
Rupanye bila dah guna jagung manis creamy ni dia memang dah boleh lembutkan kek(sebab ada krim kan..) So kek ni pun dah macam sponge pulak. Tapi overall memang puas hati sebab menjadi. Yeayyy!!
Resepi asal copy dari blog MY KITCHEN YOUR HEAVEN tapi ada alter sikit la sebab nak penuhi impian dan tekak sendiri.. He3
Resepi asal kat link ni http://ranila76.blogspot.com/2012/01/kek-jagung-kukus.html?m=1
So resepi versi D.A.K yang selamba ni macam kat bawah:-
Bahan untuk diayak:-
2cawan tepung gandum
1sudu teh baking soda
1sudu teh baking powder
Bahan untuk di blend:-
(Sila blend ikut turutan)
1cawan minyak masak
1sudu besar ovallette(optional)
3/4cawan gula pasir(nak manis boleh letak 1cawan)
1cap esen vanilla(guna penutup botol esen je)
1biji telur
Bahan untuk kaup balik:-
1cawan jagung manis berkrim
1sudu teh garam halus
Mula2 panaskan air kukusan. Start ayak tepung2 tu dalam satu bekas.Then standby blender pulak.
Masukkan bahan2 ikut turutan. Blend minyak, ovallette(optional)dan gula sampai gula hancur. Masukkan esen vanilla dan telur. Blend lagi sampai telur agak2 kembang.
Dah siap blend curah slow2 ke dalam tepung yang dah diayak tadi. Tuang sikit2 bagi elak tepung bergentel.
Lastly, masukkan jagung dan garam. Kaup balik sampai sebati.
Letak dalam bekas yang bergris/diminyakkan. Kita guna tupperware tahan panas pun boleh. Kukus dalam 30-45min sampai kek masak.
Jangan lupa lapik penutup periuk tu dengan kain. Tujuannya-elak air menitik atas kek dan elak permukaan kek jadi macam gunung ganang volcano. So not pretty..
Kita pakai kain napkin bersih yang dah tak pakai lagi buat ikat kat atas. Simple je..
Kata tuan diari: buat sekali pasti nak lagi. Jangan lupa sedekah kat jiran sebelah rumah ye..🍰😎👍🏻
No comments:
Post a Comment