Showing posts with label Tragedi. Show all posts
Showing posts with label Tragedi. Show all posts

May 7, 2015

Duka di hujung minggu.

Salam all,

Ketika rakyat Malaysia sedang bercuti panjang, kita semua digemparkan dengan kejadian nahas jalanraya.

Amat menyedihkan hati apabila nahas meragut 3beranak dengan salah seorang hanyalah bayi perempuan berusia 7bulan(lebih kurang jannah je..).. 


Bersamanya ialah kedua ibu bapanya yang turut menerima nasib yang sama. Manakala 2orang kakaknya tiada semasa nahas berlaku dipercayai tinggal di rumah neneknya sejurus tamat majlis kenduri di Putrajaya..


Dipercayai kenderaan pacuan 4roda pajero suv milik arwah telah bergesel dan terbalik berpunca daripada sikap pemandu myvi yang sedang berlumba di lebihraya DUKE lebih kurang jam 1.05 pagi.

Sebanyak 6biji kereta telah terlibat namun 2biji kereta sahaja yang terkandas akibat nahas tersebut. 


Akibat pergeseran dan hentaman kuat, mangsa penumpang pajero didapati telah tercampak keluar dari kenderaan dan maut ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Pemandu pajero pula dikatakan maut di tempat kejadian. Manakala kedua2 pemandu myvi sekadar cedera ringan.


Sekelip mata, dua orang anak arwah menjadi yatim piatu. Yang sulung baya yusra-7tahun. Yang no2 pula 4tahun baya jamilah..😭😭😭


Didoakan semoga hidup adik2 dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada Allah dan ahli keluarga adik2 ye. Alhamdulillah, paksu adik2 sanggup menjaga adik2. Bakal maksu pun turut sama ingin menjaga adik dengan ikhlas..


Takziah buat ahli keluarga nahas. Al-Fatihah buat arwah...

Sumber gambar-kredit to facebook/groups/berita.

Kata tuan diari: kelab FMC(Familia Myvi Club) betul2 dah buat aku benci dengan pelumba jalanan ni. Bukan aku je tapi 1Malaysia panas. 

Nasib korang la kena hukuman penjara lepas ni. Kalau ikut hudud, lagi terbela nasib anak2 yatim piatu yang dah teraniaya tu.

Berani buat, berani tanggung!

April 20, 2015

Innalillah.. Alhamdulillah..

Salam all,

Last week punya cerita..


Pantai Timur dengan suhu panas tahap raksasa. Kebun dan pokok2 tepi rumah tak dapat diselamatkan..😢😢


Ni gambaran di tepi stor baja belakang rumah.


12pokok rambutan terpaksa ditebang. Sedihnya dorang tak dapat sambung berjasa..😭😭


Lagi sedih ayah taknak panggil bomba. Nak settle sendiri sampai tahap tergolek masuk parit dengan tong2 air..😭😭😭


Atlast keadaan terkawal selepas 5hari bekerja ikut office hour... Tu pun dapat tau lepas ayah share pics through whatsapp. 

Kesian ayah. Moga ayah dan emak sentiasa sihat ye kat kampung. Kita kat sini kalau bebel2 tu sebab sayang bukan apa pun..😍😎😉

Kata tuan diari: My parents pun pandai whatsapp.. It just mak je yang suka sangat tekan button leave group tanpa disengajakan..😜😆😅

August 25, 2010

Tragedi Ramadhan berulang di Kota Bharu.

keratan akhbar Utusan Malaysia

Kenapa la sekarang ni makin menjadi2 kes amuk. Belum pun reda lagi kes amuk di Perak dah tambah lagi 1kes di Kota Bharu pula(berita penuh klik Utusan Malaysia). Adakah manusia semakin lemah untuk mengawal minda gara2 tekanan?Apa punca tekanan mereka sampaikan family sendiri pun nak ditala?? Duit..Ekonomi negara..Iman yang nipis....Semua tu boleh jadi penyebab..Hmmmm..

Penghabisnya..mangsa yang terselamat yang menjadi mangsa trauma kekal. Anak2, isteri, individu yang terdekat..yang lebih tragis..mereka inilah yang melihat segala peristiwa berdarah depan mata kepala sendiri..

amuk di Teluk Intan, Perak

Pepun, takziah untuk keluarga mangsa..Kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ada sejarah mental, silalah berhati2.Paling penting perlu pastikan pengambilan ubat&rawatan secara berterusan. Perlu diingatkan..golongan yang "berpenyakit mental" adalah tidak dibolehkan untuk berpuasa. Yes, back 2the basic..syariat Islam sendiri yang menyatakannya..So, kalau dah golongan sebegini perlukan pengambilan ubat mengikut masa, tak perlulah menyuruh mereka berpuasa..Akibatnya adalah binasa..

Peace y'all..

n.b: Sihat jasmani, sihat rohani..insan yang cemerlang.