May 30, 2012

Weekend yang full..

Salam all,

Weekend lepas apa aktiviti yang korang dah buat? Hmm, Nur dengan anak-anak memang amat-amat memanfaatkan cuti hujung minggu kami bersama-sama.

Last Saturday, kami singgah ke Putrajaya. Saja cuci mata sambil cari info kat Ekspo Hari Belia Negara. Honestly, amat letih sebab cuaca yang terik. Pergi pun tak lama sebab sesak dengan manusia yang datang. Tarikan utama ialah artis-artis, karnival Sure Heboh and of course gerai-gerai jualan termasuk Ekspo Pengantin.

Ada banyak segmen dan pecahan pentas yang memang kami tak larat nak tengok semua. Drift pun ade tapi yang terkejutnya ade yang terkorban..Kurang kawalan keselamatan..( nasib baik husband tak ajak tengok dekat2..pheww..)


Ahad pula, kami pulun kenduri dan berjogging pada waktu petang. Rase peluh mencurah-curah. Yusra pun surrender nak lari laju-laju. Nasib baik bawak stroller Jamilah, boleh kakak tumpang sekali..Pusing 3 round Jamilah pun lelap sebab kena angin taman..syiokk..

Apa-apa pun, hidup susah atau senang kesihatan & keselamatan diri dan keluarga perlu diutamakan.

Kata Tuan Diari: terasa lemak-lemak menjerit kesakitan..hua3





Katalog kuih raya 2012 sudah menjelma!!

Salam all,

Entry lari sikit dari konsep..apa-apa pun Nur nak war-warkan mengenai katalog Kuih Raya 2012. Pada yang tak tahu, Nur sememangnya berniaga sampingan sebagai dealer kuih raya & kek. So jemput-jemputlah singgah ke blog Nur yang sinun tu.. just klik pada gambar.


Kuih memang sedap, tak tipu punye..

p/s: sample kuih macam nak habis si yusra & ibu yang bedal..kih3


May 23, 2012

My Own Family Day

Salam all,

Alhamdulillah, ape yang Nur planned untuk anak2 setakat ni dah banyak tercapai. Progress pembesaran mereka memang sangat penting untuk dipantau. and I must entertain them sometimes as a good reward for their achievement.

So inilah hasilnya.. Kami ke pantai mandi laut..Yeuhuuu..

budak kecik yang dah nak sunburn..


kakak yang dah penat main pasir. dulu takut dengan ombak..sekarang saya dah pro!

Yusra pun dah ade set mainan untuk main pasir pantai. So pasni boleh la ibu join sekali ye..kite bina istana takeshi sama2..hahhahaha..

p/s: kalau ikut yusra..dia tak pandang pun set mainan pasir pantai sebaldi comel tu.. yang mule2 dia tunjuk ialah benda ni..





May 7, 2012

Mood ke laut...

Salam,

Alhamdulillah..hari ini Nur masih lagi bersemangat nak jengok blog nih. Harap2 mood yang ok ni kekal la yer..dah rehat lame gile tak kan la nak wat dunno lagi kot! Rajin2 kan diri..istiqamah..istiqamah..

So, kali ni nak share something about myself. what happened to me during my long "hibernation"..ha3..ayat tak tahan.. Pendekkan cerita la yek..Nur pregnant and got swing mood..so blogging + blogjog + bloghopping sume dah kebaboom entah ke mana..and the worst part sume sindrom M tu berlarut larutan sampai la dah bersalin, habis pantang..Owh sungguh dasyat tahap kemalasan aku ni..

Nur Miftahul Jamilah, 3.8 kg
Anyway, I'm back to normal now..Happy with two kids. 1st of course si Yusra yang makin aktif.( time pregnant dulu aktifnye adalah sangat melampau) and my 2nd kid is Jamilah yang sekarang ni dah pandai berjalan (just last week) and sangat2 garang dengan kakaknya..Yusra pun kalah..ha3..

Love to read..

p/s: Last week, baru lepas buat cukur jambul..kenduri simple koboi sekali tahlil arwah sepupu..Alhamdulillah.. Al-Fatihah..


Setahun setengah yang lalu...

Salam,

Wallawehh..lama gila Nur tak update blog kat sini. Kalau blog ni macam rumah agak2 dah nak roboh rumah ni takde sape yang jage..

Tadi tergerak nak jengok blog usang ni. Hmm, dah nak dekat setahun setengah..WHATT?? setahun setengah tu ko lupekan blog ni..Sampainye hati ko Nur..isk.isk..sedih jap sebab baru terperasan yang Nur telah zalim kat blog dan bloggers..Huwaaa...

Merajuk ke sampai lama sangat lupe nak ber'blogging' nih? Me, susah nak cakap..(will be explained later..) Anyway, banyak sangat yang Nur dah miss. And most important thing, pada yang dah kahwin, dah dapat babies, jobs, spouses..BIG CONGRATS Nur ucapkan..

Jumpa lagi di lain post..Mmmuuuaahhhhhss..

p/s: Sangat sayang korang ketat2..lame nye tak jumpa dalam blog. Jangan kena lempang sudah..Ha3..