Showing posts with label Aktiviti keluarga. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti keluarga. Show all posts

May 13, 2015

Puding jagung yummy!!

Salam all,

Semalam tekak terasa nak makan puding. So belek2 barang apa yang ada kat dapur.. Alhamdulillah, ngam untuk resepi puding jagung la..😍😊

So, resepi dicedok dari facebook. Tak ingat pulak empunya asal resepi ni. Mohon halal la ye untuk perkongsian bersama..

Bahan2 adalah sangat mudah. Sila rujuk di bawah..

Bahan2:-
- 1cawan tepung kastard
- 1cawan jagung manis
- 1 1/2cawan susu cair
- 3/4cawan gula pasir
- 3cawan air
- 1sdb mentega

Cara2:-
 - masukkan tepung kastard, gula&jagung manis terlebih dahulu.
- kemudian campurkan susu cair sedikit demi sedikit untuk elak adunan bergentel/berketul2.
- masukkan air dan kacau di atas api yg sederhana.
- dah nak kental, masukkan mentega.
- kacau sehingga adunan menjadi likat.
- cedok adunan ke dalam acuan kesukaan anda.
- sejukkan di luar sebelum masukkan ke dalam peti ais.

Memang senang sebab 1st trial pun memang menjadi punya. Nak snap gambar masa proses memasak tu tak sempat pulak sebab tangan busy menggodak puding atas api sambil suap lunch kat yusra jamilah. Huuu.. Terer kan??

Kat bawah ni gambar mase dah siap2 tuang dalam bekas acuan. Memang korek2 cari tupperware kek kenduri, bekas aiskrim mcD and etc.. Ha3


Siap hias dengan kismis lagi.. Tu pun sebab nak clearkan peti ais. Semak mata tengok bahan2 banyak tahap last kopek..


Yang ni gambar jamilah yang tolong snapkan. Macam tak percaya pulak. Tau2 dah ade dalam phone album. Entah bila masa dia ambik phone pun tak sedar..

So, selamat mencuba ye!

Kata tuan diari: buat bisnes pun okay jugak ni. Ni pun tengah cari idea nak tolong yusra; create something untuk teacher's day. Harap2 menjadi..😊👍🏻😎

May 11, 2015

Lampu picit dan bayang2..

Salam all,

Entry tertunggak punya cerita.. Kan haritu  ada cuti panjang (wesak&labour day).. Tambahan lagi ada kes nahas jalanraya yang tragis tu😭😭😭.. Terus lupa nak buat entry ni😅😅..

Alkisahnya, atuk yusra&jamilah(atuk klang) ada bagi present.. Padahal selalu je dorang ni pow atuknye.. Kali ini 2,2 excited dapat mini torchlight.

Tak jauh pun nak cari. Pasar malam je pun. Murah pun iye..

So bermulanya idea eksperimen kak yusra malam tu. Yang kak jamilah macam biasa~ I Follow..😋😜


Haaa... Kak yusra punya syok sampai tak berkelip mata tengok bayang2 lampu picit tu. kak jamilah pulak pura2 tido..😝


So, kajian yusra ini membuktikan bahawa sebarang objek berjaya menghasilkan bayang2 selagi objek tersebut dapat menghalang cahaya.👍🏻👍🏻👍🏻

Ada sekali tu saje suruh yusra pandang dinding. Then pinjam lampu picit tu and suluh dari belakang kepala dia..

Sekali dia punye jerit gelabah memang tak boleh tahan. Sebabnya terkejut tengok bayang2 rambut 'durian' dia sendiri..

Hahahahahahaha~

Kata tuan diari: bayang2 rambut 'durian' yusra memang agak menakutkan.. Ade mase nanti kita selit dalam entry lain okay..🙎🏻💁🏻

May 5, 2015

Jom mengundi!

Salam all,

Hari ini mak, ayah & adik kita keluar mengundi...😋😄


So, my adik la yang 1st time mengundi kat sana. Tak biasa sangat PRK kat Malaysia. Sebelum ni mengundi kat Uganda je dia tau..😝😜


Feeling pakai inai kejap. He3.. Bila la ko nak kahwin ek ilah?!.. Rindu pulak time jaga ko masa kecik2 dulu~

 
Dah besar pun adik perempuan kita yang sorang ni. But still you can't beat me! Ha3..


Antara gambar hit dalam group whatsapp my family. Ayah yang berkepak with mak yang makin pandai berselfie welfie.. Peace tangan terbalik tu yang tak tahan tu..😝😜

Apa2 pun selamat mengundi ye kepada seluruh orang2 Rompin. Nanti kita  tunggu final result sama2 ye.

Kata tuan diari: All the best for all~

April 29, 2015

Cubaan minum air.

Salam all,

Apabila Jannah menggelupur dek ternampak akan botol air mineral..


Allah dah bagi nikmat pada Jannah untuk pandai merasa apa itu air.. Alhamdulillah~


Berusaha belajar tanpa kenal erti lelah ye wahai anak..


Kata tuan diari: tengah sibuk google resepi makanan awal kanak2. Sedap2. Takut nanti yang 'ternaik' berat badan mak budak pulak. Naya sungguh!😭😭😱

Princess diaries..

Salam all,

Apabila sel2 otak anak bergabung.. Inilah hasilnya...


Pementasan drama di depan cermin malam semalam betul2 menguji kesabaran ibunya ini..

Sketsa menyisir rambut tak lepas ke bawah benar2 berjaya membuat rambutnya kusut masai bergulung2 macam rambut gimbal.

Bila dah berambut gimbal nak sikat dan syampu pun jadi masalah. Umpama rambut dreadlocks. So keputusan terakhir-rambut itu wajib potong/dileraikan.. WAJIB!!


Syarahan percuma turut diberi beserta amaran pembotakan kepala jika perkara yang sama berulang..


Pemilik rambut gimbal/dreadlocks pada suatu masa dahulu itu..😅😉

Kata tuan diari: pesalah didapati bersalah kerana telah menyalahgunakan fungsi sikat dan telah diberi amaran keras. Moga ada kesedaran yang berpanjangan.. Aamiinnn~

April 28, 2015

Adikku konvo dah!!

Salam all,

Alhamdulillah, akhirnya selamat sudah majlis konvo adikku. So far dalam adik beradik, dia yang paling tinggi gred capaian akademik sebab melepasi level diploma2 dan ijazah2 yang kakak abang dia ni..


So dah dapat Master ni bolehlah rileks kejap sementara fikir nak sambung Phd kat mana..



Anyway, I'm happy for you. We're happy and proud for you. May this thing bloom your life and bring a good start in your future.

Aminnn. May Allah bless us all~

Kata tuan diari: tengok orang konvo terasa tak sabar nak further study. Kalau dapat peluang abroad-fuhh fuhhh~😱😍😭

April 25, 2015

Kek jagung blender versi kukus.

Salam all,

Kali ni kita nak share resepi pulak. Resepi kek jagung blender. Pakai blender-of course senang gila! Kukus je.. Haahaha~


Nampak tak yang berderai2 tu? Tu sebab try letak ovallette konon nak bagi lembut. 

Rupanye bila dah guna jagung manis creamy ni dia memang dah boleh lembutkan kek(sebab ada krim kan..) So kek ni pun dah macam sponge pulak. Tapi overall memang puas hati sebab menjadi. Yeayyy!!

Resepi asal copy dari blog MY KITCHEN YOUR HEAVEN tapi ada alter sikit la sebab nak penuhi impian dan tekak sendiri.. He3

Resepi asal kat link ni http://ranila76.blogspot.com/2012/01/kek-jagung-kukus.html?m=1

So resepi versi D.A.K yang selamba ni macam kat bawah:-

Bahan untuk diayak:-
2cawan tepung gandum
1sudu teh baking soda
1sudu teh baking powder

Bahan untuk di blend:-
(Sila blend ikut turutan)
1cawan minyak masak
1sudu besar ovallette(optional)
3/4cawan gula pasir(nak manis boleh letak 1cawan)
1cap esen vanilla(guna penutup botol esen je)
1biji telur

Bahan untuk kaup balik:-
1cawan jagung manis berkrim
1sudu teh garam halus

Mula2 panaskan air kukusan. Start ayak tepung2 tu dalam satu bekas.Then standby blender pulak.

Masukkan bahan2 ikut turutan. Blend minyak, ovallette(optional)dan gula sampai gula hancur. Masukkan esen vanilla dan telur. Blend lagi sampai telur agak2 kembang.

Dah siap blend curah slow2 ke dalam tepung yang dah diayak tadi. Tuang sikit2 bagi elak tepung bergentel. 

Lastly, masukkan jagung dan garam. Kaup balik sampai sebati.

Letak dalam bekas yang bergris/diminyakkan. Kita guna tupperware tahan panas pun boleh. Kukus dalam 30-45min sampai kek masak.


Jangan lupa lapik penutup periuk tu dengan kain. Tujuannya-elak air menitik atas kek dan elak permukaan kek jadi macam gunung ganang volcano. So not pretty..

Kita pakai kain napkin bersih yang dah tak pakai lagi buat ikat kat atas. Simple je..

Kata tuan diari: buat sekali pasti nak lagi. Jangan lupa sedekah kat jiran sebelah rumah ye..🍰😎👍🏻

Mari kreatifkan diri..

Salam all,

Bila bosan tengok mainan anak2 yang tak boleh nak relate dengan lagu Fingers' song, so inilah hasilnya...


Siapa tahu lirik lagu ni boleh sangat la buat. Nak rase 'up & classy' lebih, boleh try guna felt cloth(deco sendiri la ye) then sarung je kat jari2 tu..👍🏻👍🏻

So kalau lagu pak mamat ada kebun(old mc donald has a farm), sila la ganti lukisan wajah manusia tu dengan wajah2 haiwan..(haaa, bi belum buat sebab baru terfikir mase taip ni)..

All the best parents!

Kata tuan diari: sebab warna black tak berapa tebal, so jannah take time nak captured all the images. Lastly, bila dah nampak baru dia grab dan acah2 gigit kesemua jari2 itu..😅😜

April 24, 2015

Perihal anak2 dara Tuan Diari..

Salam all,

Salam hari Jumaat dan salam bulan Rejab (muslim calendar) buat semua..

Hari ini kita belanja gambar anak2 la pula. Ok yang 1st ni gambar kak yusra yang kepenatan lepas seharian bersekolah tapi ada hati nak keluar berjalan ambik angin malam. Singgah office suami ambik mesin&tools untuk piling test.


Yang 2nd ni kak Jamilah yang suka sangat bergambar. Tapi gambar ni snap mase dia tengah tido. Saje suruh tido dalam tu sebab payah sangat nak tido tengahari and it works! Horeyys!!


Gambar paling last is my baby Jannah. Dah genap 5bulan pun semalam. Paling suka bangun awal compare to kakak2nya. Paling sweet suka senyum dan tak banyak meragam. Esok besar ni mesti macam ibu jenis orang yang rileks je. Down to earth, jenis selamba.. Angkat bakul sendiri nampak!!!


Kata tuan diari: my lovely 3 dara pingitan. Moga kita semua dikurniakan anak2 yang soleh solehah. Buat yang belum ada zuriat, mohon jangan terasa-turut mendoakan anda2 juga untuk segera dikurniakan anak. Aaminnn~

April 23, 2015

Cepatnya anak membesar.

Salam all,

Bila jannah dah mula merasa nak makan, semua benda dia nampak sedap. Mulut mula kumat kamit siap ada sound effect berdecit2 lagi.


Bayang gigi pun dah ada. Memang tunggu masa je nak makan ni.. Umur baru 4bulan kot. Macam awal sangat pulak..


Dulu selalu dengar orang cakap kalau cepat tumbuh gigi lambat la anak berjalan. Tapi tak kisahlah asalkan Jannah sihat, anak2 semua sihat..

Kata tuan diari: tiap kali ada baby memang lupa progress anak kena buat apa, kena pandai apa. Sindrom mak2 makin menebal.. Sigh~

May 30, 2012

Weekend yang full..

Salam all,

Weekend lepas apa aktiviti yang korang dah buat? Hmm, Nur dengan anak-anak memang amat-amat memanfaatkan cuti hujung minggu kami bersama-sama.

Last Saturday, kami singgah ke Putrajaya. Saja cuci mata sambil cari info kat Ekspo Hari Belia Negara. Honestly, amat letih sebab cuaca yang terik. Pergi pun tak lama sebab sesak dengan manusia yang datang. Tarikan utama ialah artis-artis, karnival Sure Heboh and of course gerai-gerai jualan termasuk Ekspo Pengantin.

Ada banyak segmen dan pecahan pentas yang memang kami tak larat nak tengok semua. Drift pun ade tapi yang terkejutnya ade yang terkorban..Kurang kawalan keselamatan..( nasib baik husband tak ajak tengok dekat2..pheww..)


Ahad pula, kami pulun kenduri dan berjogging pada waktu petang. Rase peluh mencurah-curah. Yusra pun surrender nak lari laju-laju. Nasib baik bawak stroller Jamilah, boleh kakak tumpang sekali..Pusing 3 round Jamilah pun lelap sebab kena angin taman..syiokk..

Apa-apa pun, hidup susah atau senang kesihatan & keselamatan diri dan keluarga perlu diutamakan.

Kata Tuan Diari: terasa lemak-lemak menjerit kesakitan..hua3





May 23, 2012

My Own Family Day

Salam all,

Alhamdulillah, ape yang Nur planned untuk anak2 setakat ni dah banyak tercapai. Progress pembesaran mereka memang sangat penting untuk dipantau. and I must entertain them sometimes as a good reward for their achievement.

So inilah hasilnya.. Kami ke pantai mandi laut..Yeuhuuu..

budak kecik yang dah nak sunburn..


kakak yang dah penat main pasir. dulu takut dengan ombak..sekarang saya dah pro!

Yusra pun dah ade set mainan untuk main pasir pantai. So pasni boleh la ibu join sekali ye..kite bina istana takeshi sama2..hahhahaha..

p/s: kalau ikut yusra..dia tak pandang pun set mainan pasir pantai sebaldi comel tu.. yang mule2 dia tunjuk ialah benda ni..





October 23, 2010

Yusra nak jadi atlet OLIMPIK.


Haa, tengok apa yang yusra tengah buat kat dalam pic atas tuh? Tu la hobi or maybe kemahiran baru Yusra. Nak kata baru tak jugak sebab b4 raya lagi dia dah dok busy exercise atas treadmill usang tuh..yang peliknye dia punye speed leh kalah makcik2 sedara dia..


Hmm, laju gak anak ibu nih merempit berlari..kite yang melihat ni pun kadang gerun tengok kelajuan yang digunakan..xpela yusra..jangan tergolek jatuh udah..

p/s: kena letak signboard hadlaju kat tepi treadmill tuh..huhuhu.



October 22, 2010

Buku baru Yusra

One early morning, lepas yusra dah siap mandi..

Yusra: ibu, ni ape ni?

Ibu: eyyh..buku baru la..sape bagi?

Yusra:atuk..(tangan dok tunjuk2 kat bilik atuk)..eyy..buku cantik la..(sambil bulat2 mate+sengih2)

Ibu: mestila cantik..dia tulis ape?

Yusra:bulan.

Ibu:lagi??

Yusra:A,B,C..

Ibu:lagi dia tulis ape?

Yusra:one two three..alif ba ta..kartun..elmo..burung..lembu..dog..fish....yadayadayada...(sambil mulut kumat kamit pergi kat atuk suh atuk tlg bacekan)

Ibu:haaaaa?????

Sekali tengok buku nursery rhymes daa..

p/s: yusra suke dapat buku tp lepas dah jemu bace dia boleh wat buku2 tu as tempat anjal kaki utk lompat2..ish3..xpatut tul..

September 2, 2010

Hobi baru ke ni??..ke copy cat??

siap request urut sambil layan elmo..

Ni kisah anak dara ku..dah pandai demand suh wat something untuk dia..So, adela 1malam tu..time dia nak tido..(tapi xde pun sharply tido ikut time) agak lepas dah penat main tendang2 bola, dia pun naik atas tilam..molek je baring sebelah...

Tetibe.... ibu..nak urut...sini..yang sini pun..Aikkkkk..ni dah terbalik kot..selalu ayah dia yang mintak urut belakang lenguh2..Ni si Yusra pun dah pandai nak lenguh2 gak ke?? Nur pun urut je la sambil picit2 kat belakang badan dia..

Auww..auww..bunyi Yusra kena urut padahal ibu dia nih picit pun cam xpicit..Alahai..leh tahan gak dia nih..try picit peha dia lak..Uishh, lagi kuat auww2 dia tuh..ceh, kelakar je Yusra nih..

Lately, Yusra pun macam extremely upgrade her skills-nyanyi, counting, playing..naik turun tangga sndri pun dah pandai. Pepun, kalau Yusra dah pandai baca nanti..ibu harap Yusra dapat baca N3 ni dan tau yang Ibu amat2 sayang pada Yusra..Sayang Yusra selalu..

Love Yusra soooooo much!!!

n.b:Harini birthday Yusra...Yeay!!!! Selamat Hari Jadi yang ke-2..

August 30, 2010

Sepetang yang damai...

Last weekend, encik hubby ku tetibe berkata..pas asar jom siap..Errr, alamak..nak gi shopping ke pepanas camni??hukaloh..pehal la mood raye tak datang2 lagi nih! sangat2 kronik tul bile daku berjiwa begini..Nak gi mane yek?? So, dengan malas2 kucing, Nur pun siapkan la yusra dulu..ibunye tempek2 bedak, sarung tudung..tadaa..dah pun siap..tak sampai seminit pun..

Urmm, naik motor ke? takpe la..leh cuci mate kiri kanan atas bawah..aircond pun keliling gak..hu3..Lebih kurang 10 minit, kitorang pun dah sampai ke tempat yang dituju..Eyy, playground la..padan la si Yusra dah nyebut Eyy..eyy..sambil tangan dia dok tunjuk2 ke taman tu..baru je jejakkan kaki ke tanah terus berlari pecut dia tuju ke buai..ibu..buai laju2..Nur pun ok je la..

Dah lame duk Klang tapi baru ni 1st time ktorg gi playgrond kat Jalan Istana ni..cantik pun ye..panas pun tak terase bab banyak pokok & pondok..So, korang layan2 la pic kat bawah ni..Yusra kalau dah jupe buai..takde dia nak memandang mainan yang lain..So, peace y'all..

nampak tak budak pempuan tu..mintak senyum nak amik gambar dia sekali..10 saat pgg fon kamera, 10 saat gak dia sorok kepala bawah meja..atlast dapat gak snap kepala dia..hu3

petang yang baru nak ramai..

cam gayat..1st attemp naik buai secara solo..dulu buai baring..sekarang buai duduk pulak..

aku merdeka! seyes tak nak turun2 dah pastu.. nak balik kena heret..

n.b: Salam kemerdekaan buat Malaysia & bloggers..Merdekaa!