April 30, 2015

Happy holidays!!

Salam all,

Esok adalah hari cuti umum di Malaysia. 1st May is a Labour Day yang jatuh pada hari jumaat. Selang sehari lepas pada tu adalah Wesak Day. 

                 Sumber: Mr Google

Maka, sudah tentu2lah ramai yang akan mengambil peluang untuk bercuti panjang.. Option utama adalah balik kampung..πŸ˜πŸ˜ŽπŸπŸ„πŸ“πŸ‘πŸŒ΄πŸŒΎπŸŒ³

Tak kurang juga bercuti makan angin ke pulau2 peranginan..πŸ„πŸ»πŸŒŠπŸ‡²πŸ‡Ύ Bestnya!!


Diingatkan agar sentiasa berhati2 dalam pemanduan. Kekalkan etika mulia ketika berada di jalan raya.

Bagi pasangan yang nak bernikah, bersanding-diucapkan Selamat Pengantin Baru!!


Apa2 pun enjoy your holidays. Happy holidays all!!

Kata tuan diari: Salam Hari Pekerja&Happy Wesak Day. Mode cuti2 di rumah sahaja lah kali ini..

The Black Pearl of Peihoo?!

Salam all,

Dulu ada ternampak post ni kat facebook. Kisah berkaitan filem Pirate of Caribbean..

Sungguh kita tak sangka yang rupa2nya cerita ni ada kaitan juga dengan sejarah melayu purba. Zaman bila kita tak berapa  pasti pula..

Niat hati kalau jumpa buku ni memang nak beli buat koleksi bacaan(koleksi untuk dibaca okay..). Agak2 celah mana la kita boleh try cari buku ni ye??


Kata tuan diari: dari kecil memang minat membaca terutama buku kisah2 rakyat. Banyak sejarah datuk nenek moyang yang kita boleh faham dan ambil tahu. Niat untuk ajak anak2 suka buku bacaan bersejarah(mungkin ada juga selitan dongeng). InsyaAllah~

April 29, 2015

Cubaan minum air.

Salam all,

Apabila Jannah menggelupur dek ternampak akan botol air mineral..


Allah dah bagi nikmat pada Jannah untuk pandai merasa apa itu air.. Alhamdulillah~


Berusaha belajar tanpa kenal erti lelah ye wahai anak..


Kata tuan diari: tengah sibuk google resepi makanan awal kanak2. Sedap2. Takut nanti yang 'ternaik' berat badan mak budak pulak. Naya sungguh!😭😭😱

Princess diaries..

Salam all,

Apabila sel2 otak anak bergabung.. Inilah hasilnya...


Pementasan drama di depan cermin malam semalam betul2 menguji kesabaran ibunya ini..

Sketsa menyisir rambut tak lepas ke bawah benar2 berjaya membuat rambutnya kusut masai bergulung2 macam rambut gimbal.

Bila dah berambut gimbal nak sikat dan syampu pun jadi masalah. Umpama rambut dreadlocks. So keputusan terakhir-rambut itu wajib potong/dileraikan.. WAJIB!!


Syarahan percuma turut diberi beserta amaran pembotakan kepala jika perkara yang sama berulang..


Pemilik rambut gimbal/dreadlocks pada suatu masa dahulu itu..πŸ˜…πŸ˜‰

Kata tuan diari: pesalah didapati bersalah kerana telah menyalahgunakan fungsi sikat dan telah diberi amaran keras. Moga ada kesedaran yang berpanjangan.. Aamiinnn~

April 28, 2015

Adikku konvo dah!!

Salam all,

Alhamdulillah, akhirnya selamat sudah majlis konvo adikku. So far dalam adik beradik, dia yang paling tinggi gred capaian akademik sebab melepasi level diploma2 dan ijazah2 yang kakak abang dia ni..


So dah dapat Master ni bolehlah rileks kejap sementara fikir nak sambung Phd kat mana..



Anyway, I'm happy for you. We're happy and proud for you. May this thing bloom your life and bring a good start in your future.

Aminnn. May Allah bless us all~

Kata tuan diari: tengok orang konvo terasa tak sabar nak further study. Kalau dapat peluang abroad-fuhh fuhhh~😱😍😭

April 25, 2015

Kek jagung blender versi kukus.

Salam all,

Kali ni kita nak share resepi pulak. Resepi kek jagung blender. Pakai blender-of course senang gila! Kukus je.. Haahaha~


Nampak tak yang berderai2 tu? Tu sebab try letak ovallette konon nak bagi lembut. 

Rupanye bila dah guna jagung manis creamy ni dia memang dah boleh lembutkan kek(sebab ada krim kan..) So kek ni pun dah macam sponge pulak. Tapi overall memang puas hati sebab menjadi. Yeayyy!!

Resepi asal copy dari blog MY KITCHEN YOUR HEAVEN tapi ada alter sikit la sebab nak penuhi impian dan tekak sendiri.. He3

Resepi asal kat link ni http://ranila76.blogspot.com/2012/01/kek-jagung-kukus.html?m=1

So resepi versi D.A.K yang selamba ni macam kat bawah:-

Bahan untuk diayak:-
2cawan tepung gandum
1sudu teh baking soda
1sudu teh baking powder

Bahan untuk di blend:-
(Sila blend ikut turutan)
1cawan minyak masak
1sudu besar ovallette(optional)
3/4cawan gula pasir(nak manis boleh letak 1cawan)
1cap esen vanilla(guna penutup botol esen je)
1biji telur

Bahan untuk kaup balik:-
1cawan jagung manis berkrim
1sudu teh garam halus

Mula2 panaskan air kukusan. Start ayak tepung2 tu dalam satu bekas.Then standby blender pulak.

Masukkan bahan2 ikut turutan. Blend minyak, ovallette(optional)dan gula sampai gula hancur. Masukkan esen vanilla dan telur. Blend lagi sampai telur agak2 kembang.

Dah siap blend curah slow2 ke dalam tepung yang dah diayak tadi. Tuang sikit2 bagi elak tepung bergentel. 

Lastly, masukkan jagung dan garam. Kaup balik sampai sebati.

Letak dalam bekas yang bergris/diminyakkan. Kita guna tupperware tahan panas pun boleh. Kukus dalam 30-45min sampai kek masak.


Jangan lupa lapik penutup periuk tu dengan kain. Tujuannya-elak air menitik atas kek dan elak permukaan kek jadi macam gunung ganang volcano. So not pretty..

Kita pakai kain napkin bersih yang dah tak pakai lagi buat ikat kat atas. Simple je..

Kata tuan diari: buat sekali pasti nak lagi. Jangan lupa sedekah kat jiran sebelah rumah ye..πŸ°πŸ˜ŽπŸ‘πŸ»

Mari kreatifkan diri..

Salam all,

Bila bosan tengok mainan anak2 yang tak boleh nak relate dengan lagu Fingers' song, so inilah hasilnya...


Siapa tahu lirik lagu ni boleh sangat la buat. Nak rase 'up & classy' lebih, boleh try guna felt cloth(deco sendiri la ye) then sarung je kat jari2 tu..πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

So kalau lagu pak mamat ada kebun(old mc donald has a farm), sila la ganti lukisan wajah manusia tu dengan wajah2 haiwan..(haaa, bi belum buat sebab baru terfikir mase taip ni)..

All the best parents!

Kata tuan diari: sebab warna black tak berapa tebal, so jannah take time nak captured all the images. Lastly, bila dah nampak baru dia grab dan acah2 gigit kesemua jari2 itu..πŸ˜…πŸ˜œ

April 24, 2015

Perihal anak2 dara Tuan Diari..

Salam all,

Salam hari Jumaat dan salam bulan Rejab (muslim calendar) buat semua..

Hari ini kita belanja gambar anak2 la pula. Ok yang 1st ni gambar kak yusra yang kepenatan lepas seharian bersekolah tapi ada hati nak keluar berjalan ambik angin malam. Singgah office suami ambik mesin&tools untuk piling test.


Yang 2nd ni kak Jamilah yang suka sangat bergambar. Tapi gambar ni snap mase dia tengah tido. Saje suruh tido dalam tu sebab payah sangat nak tido tengahari and it works! Horeyys!!


Gambar paling last is my baby Jannah. Dah genap 5bulan pun semalam. Paling suka bangun awal compare to kakak2nya. Paling sweet suka senyum dan tak banyak meragam. Esok besar ni mesti macam ibu jenis orang yang rileks je. Down to earth, jenis selamba.. Angkat bakul sendiri nampak!!!


Kata tuan diari: my lovely 3 dara pingitan. Moga kita semua dikurniakan anak2 yang soleh solehah. Buat yang belum ada zuriat, mohon jangan terasa-turut mendoakan anda2 juga untuk segera dikurniakan anak. Aaminnn~

Bila belalang kamen raider datang menyerang..

Salam all,


Petang semalam bawa jannah ambik angin petang sambil buang angin kentut kat tepi pokok2 bunga tepi rumah ni.


Sekali ternampak mr kamen raider. Tak cakap banyak terus tangkap then baru snap. Klik..klik..



Rupanye ni la namanye belalang kunyit. Menyesal pulak lepaskan makhluk perosak ni terbang semula. Kalau tahu awal2 boleh sangai goreng makan. Nak tau jugak rasa dia macam mana. 

Dulu2 camping pengakap pun asyik panggang ikan&ayam, masak makanan tin, bakar ubi dalam tanah je. Buat roti lilit then panggang atas bara pun ada. 

Rindunya duduk dalam hutan.. Paling rindu part mandi sungai.. Wuwuuwuu~

Kata tuan diari: Valanga nigricornis nama saintifik dia (kredit to wikipedia). Tengok huruf V valanga terus bayang rase kuih vadei.. Dey yennnadeyy!!


April 23, 2015

Cepatnya anak membesar.

Salam all,

Bila jannah dah mula merasa nak makan, semua benda dia nampak sedap. Mulut mula kumat kamit siap ada sound effect berdecit2 lagi.


Bayang gigi pun dah ada. Memang tunggu masa je nak makan ni.. Umur baru 4bulan kot. Macam awal sangat pulak..


Dulu selalu dengar orang cakap kalau cepat tumbuh gigi lambat la anak berjalan. Tapi tak kisahlah asalkan Jannah sihat, anak2 semua sihat..

Kata tuan diari: tiap kali ada baby memang lupa progress anak kena buat apa, kena pandai apa. Sindrom mak2 makin menebal.. Sigh~

April 22, 2015

Bila ribut nak melanda..

Salam all,

Bila dah letih dengan kerja seharian, marilah keluar seketika untuk tenangkan fikiran..


Tengah menghadam berita2 terkini(jauhkan mengumpat ye!) tiba2 nampak gulungan awan besar gelap nun di atas. Capai phone dan snap..


Snap dan snap lagi.. Pokok2 kelapa tu dah meliuk lentuk kena tiup dek angin.


15min di luar.. Cukup la untuk hirup oksigen2 kat luar ni..☺️☺️. Ada kelapangan kita santai2 lagi..

Kata tuan diari: 3minit masuk rumah terus hujan rintik2 membasahi bumi. Alhamdulillah..

April 21, 2015

Pokok kurma mak ayah.

Salam all,

Tengah2 kerja terperasan ada mesej masuk. Dah free sikit baru duduk atur punggung elok2 atas kerusi.

Oh mak bagi mms. So kita buka dan check. Wah3, reporter kampung(sayang kat mak😘😘) semakin cekap sekarang. Berikut hasil laporan yang telah dibuat..


So dah share dalam family group whatsapp. My abang siap cakap boleh sangat ni untuk buat berbuka puasa tahun ni. He3..

Alhamdulillah~

Kata tuan diari: berbudi pada tanah memang menguntungkan..πŸ˜ŠπŸ‘πŸ»πŸŒ±

April 20, 2015

Perut oh perut...

Salam all,

Kadang2 bila sakit perut kita akan jadi sendu sebab dok pikir apa punca perut boleh sakit. 

Makin otak berfikir makin la letih sebab perut sakit tak surut. Siap buat list lagi. Selalunya point2 yang kita akan tembak adalah:-
1) salah makan. Perut kosong bantai ulam cili padi
2) keracunan-lupa basuh tangan(boleh ek?)
3) perut masuk angin
4) makanan basi(euwwwww...)
5) fikir sendiri...

So, Nur dah google punca2 sakit perut dan terjumpa gambar kat bawah ni(kredit untuk mr. Google). Moga boleh dijadikan panduan yang bagus untuk semua.


Kata tuan diari: hal sakit perut ni rasanye boleh dipanjangkan lagi infonya. Harap tak kisah kalau akan datang kita kupas isu ni dengan sedikit perisa tambahan...he3😜😎😁

Spiderman Malaysia??

Salam all,

Last weekend dengar ada orang datang bagi salam. Suara comel tapi serak2 sikit(ni mesti banyak makan asam..keh3). Pandang sekali nampak kaki perut je. Pandang 2X....wargghhhhhh!!


Sekali spiderman datang bagi duit laa.. Buat beli aiskrim katenye. Dah dapat aiskrim, mintak autograf dia tak faham.mintak ambil gambar baru dia faham. Layannn~πŸ˜ŽπŸ‡²πŸ‡Ύ


Kata tuan diari: aiskrim 20sen saje buat suka2. Part time bisnes sambil nak kenal2 ank2 jiran keliling rumah..πŸ˜ŠπŸ˜‰

Angan nak deco2 rumah..

 Salam all, 

Semalam saje google apa barang yang tengah 'in'. Tapi ada part yang Nur suka sangat bila something yang kreatif tapi paling utama JIMAT.. Kayu pallet je tu.


Best je kalau lepak2 minum petang dengan family adik beradik sambil tengok  anak2 bermain...


Yang ni cantik tapi kurang sesuai nak buat kat Malaysia yang tak tentu hujan panas ribut petirnya nak datang melanda.


Design ni okay jugak kalau letak kat bahagian ruang tamu yang sempit. Ala2 tempat sambut tetamu la. Boleh juga ganti stool yang common jual kat pasaran atau jadi meja telefon. Yang penting benda ni adalah portable(mudah alih)..😁😘😎 

Ada juga intai2 hasil kreativiti daripada penggunaan kayu pallet ni. Cantik2 jugak. Antaranye, boleh klik link kat bawah ni.. Terbaik!!

http://blogpedia2u.blogspot.com/2012/01/rekaan-perabot-menarik-dari-palet-kayu.html?m=1

Kata tuan diari: kalau ada yang nak sedekah kayu pallet meh bak sini.. Ki3πŸ˜†πŸ˜πŸ˜œπŸ˜…

Jom berbisnes!!

Salam all,

Alkisah seorang jiran yang agak senior daripada Nur dah pun start bisnes sampingan.. Good to hear it. Memang support usaha akak ni.


Setakat ni biskut2 yang terpilih(kegemaran ramai) sahaja dijual. Akan datang ada rezeki lebih kita plan baik punya kak!(Nur selalu jadi advisor jiran2. Kind-hearted gitu..😜)


Yang ni pula bisnes spa dia. Orang panggil mobile spa kot sebab servis rumah ke rumah. Kalau hendak call je.

So, orang Klang/Pandamaran/Port Klang kalau nak berspa boleh la call Kak Ika ni(rujuk pic ade contact no-malas nak taip). Alang2 call boleh order sekali biskut dia. Kira pakej la sambil rileks2 berspa boleh kudap2.. Ahahahahahha....

Innalillah.. Alhamdulillah..

Salam all,

Last week punya cerita..


Pantai Timur dengan suhu panas tahap raksasa. Kebun dan pokok2 tepi rumah tak dapat diselamatkan..😒😒


Ni gambaran di tepi stor baja belakang rumah.


12pokok rambutan terpaksa ditebang. Sedihnya dorang tak dapat sambung berjasa..😭😭


Lagi sedih ayah taknak panggil bomba. Nak settle sendiri sampai tahap tergolek masuk parit dengan tong2 air..😭😭😭


Atlast keadaan terkawal selepas 5hari bekerja ikut office hour... Tu pun dapat tau lepas ayah share pics through whatsapp. 

Kesian ayah. Moga ayah dan emak sentiasa sihat ye kat kampung. Kita kat sini kalau bebel2 tu sebab sayang bukan apa pun..πŸ˜πŸ˜ŽπŸ˜‰

Kata tuan diari: My parents pun pandai whatsapp.. It just mak je yang suka sangat tekan button leave group tanpa disengajakan..πŸ˜œπŸ˜†πŸ˜