May 26, 2015

Bisnes kuih raya 2015

Salam all,

Alhamdulillah, bersua jua kembali dalam blog ni. Okay, dah nak dekat seminggu lebih kita tak blogging ek. 

Haritu dah teringat nak update tapi disebabkan banyak kena travel tambah dengan busy bisnes kuih raya.. Hohoho~

Jangan tak tau ye.. Ai olls memang penjual kuih raya bermusim ye. Tiap2 tahun buat.

So kalau ada teringin nak buat kudap2 sebelum raya 2015 ni, silalah order. Details boleh pm/WA/msg ye..



Semua ada 6 jenis kuih. Kalau cek kat mudah.my pun ada. Tak kira la nak beli borong ke, nak buat hantaran ke, gift ke-packaging memang dah cun.

Apa2 pun, kita memang jual kuih tak banyak jenis sebab kualiti lebih utama daripada kuantiti..

Kata tuan diari: rugi kalau tak cuba!

May 13, 2015

Puding jagung yummy!!

Salam all,

Semalam tekak terasa nak makan puding. So belek2 barang apa yang ada kat dapur.. Alhamdulillah, ngam untuk resepi puding jagung la..😍😊

So, resepi dicedok dari facebook. Tak ingat pulak empunya asal resepi ni. Mohon halal la ye untuk perkongsian bersama..

Bahan2 adalah sangat mudah. Sila rujuk di bawah..

Bahan2:-
- 1cawan tepung kastard
- 1cawan jagung manis
- 1 1/2cawan susu cair
- 3/4cawan gula pasir
- 3cawan air
- 1sdb mentega

Cara2:-
 - masukkan tepung kastard, gula&jagung manis terlebih dahulu.
- kemudian campurkan susu cair sedikit demi sedikit untuk elak adunan bergentel/berketul2.
- masukkan air dan kacau di atas api yg sederhana.
- dah nak kental, masukkan mentega.
- kacau sehingga adunan menjadi likat.
- cedok adunan ke dalam acuan kesukaan anda.
- sejukkan di luar sebelum masukkan ke dalam peti ais.

Memang senang sebab 1st trial pun memang menjadi punya. Nak snap gambar masa proses memasak tu tak sempat pulak sebab tangan busy menggodak puding atas api sambil suap lunch kat yusra jamilah. Huuu.. Terer kan??

Kat bawah ni gambar mase dah siap2 tuang dalam bekas acuan. Memang korek2 cari tupperware kek kenduri, bekas aiskrim mcD and etc.. Ha3


Siap hias dengan kismis lagi.. Tu pun sebab nak clearkan peti ais. Semak mata tengok bahan2 banyak tahap last kopek..


Yang ni gambar jamilah yang tolong snapkan. Macam tak percaya pulak. Tau2 dah ade dalam phone album. Entah bila masa dia ambik phone pun tak sedar..

So, selamat mencuba ye!

Kata tuan diari: buat bisnes pun okay jugak ni. Ni pun tengah cari idea nak tolong yusra; create something untuk teacher's day. Harap2 menjadi..😊👍🏻😎

May 11, 2015

Lampu picit dan bayang2..

Salam all,

Entry tertunggak punya cerita.. Kan haritu  ada cuti panjang (wesak&labour day).. Tambahan lagi ada kes nahas jalanraya yang tragis tu😭😭😭.. Terus lupa nak buat entry ni😅😅..

Alkisahnya, atuk yusra&jamilah(atuk klang) ada bagi present.. Padahal selalu je dorang ni pow atuknye.. Kali ini 2,2 excited dapat mini torchlight.

Tak jauh pun nak cari. Pasar malam je pun. Murah pun iye..

So bermulanya idea eksperimen kak yusra malam tu. Yang kak jamilah macam biasa~ I Follow..😋😜


Haaa... Kak yusra punya syok sampai tak berkelip mata tengok bayang2 lampu picit tu. kak jamilah pulak pura2 tido..😝


So, kajian yusra ini membuktikan bahawa sebarang objek berjaya menghasilkan bayang2 selagi objek tersebut dapat menghalang cahaya.👍🏻👍🏻👍🏻

Ada sekali tu saje suruh yusra pandang dinding. Then pinjam lampu picit tu and suluh dari belakang kepala dia..

Sekali dia punye jerit gelabah memang tak boleh tahan. Sebabnya terkejut tengok bayang2 rambut 'durian' dia sendiri..

Hahahahahahaha~

Kata tuan diari: bayang2 rambut 'durian' yusra memang agak menakutkan.. Ade mase nanti kita selit dalam entry lain okay..🙎🏻💁🏻

May 7, 2015

Duka di hujung minggu.

Salam all,

Ketika rakyat Malaysia sedang bercuti panjang, kita semua digemparkan dengan kejadian nahas jalanraya.

Amat menyedihkan hati apabila nahas meragut 3beranak dengan salah seorang hanyalah bayi perempuan berusia 7bulan(lebih kurang jannah je..).. 


Bersamanya ialah kedua ibu bapanya yang turut menerima nasib yang sama. Manakala 2orang kakaknya tiada semasa nahas berlaku dipercayai tinggal di rumah neneknya sejurus tamat majlis kenduri di Putrajaya..


Dipercayai kenderaan pacuan 4roda pajero suv milik arwah telah bergesel dan terbalik berpunca daripada sikap pemandu myvi yang sedang berlumba di lebihraya DUKE lebih kurang jam 1.05 pagi.

Sebanyak 6biji kereta telah terlibat namun 2biji kereta sahaja yang terkandas akibat nahas tersebut. 


Akibat pergeseran dan hentaman kuat, mangsa penumpang pajero didapati telah tercampak keluar dari kenderaan dan maut ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Pemandu pajero pula dikatakan maut di tempat kejadian. Manakala kedua2 pemandu myvi sekadar cedera ringan.


Sekelip mata, dua orang anak arwah menjadi yatim piatu. Yang sulung baya yusra-7tahun. Yang no2 pula 4tahun baya jamilah..😭😭😭


Didoakan semoga hidup adik2 dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada Allah dan ahli keluarga adik2 ye. Alhamdulillah, paksu adik2 sanggup menjaga adik2. Bakal maksu pun turut sama ingin menjaga adik dengan ikhlas..


Takziah buat ahli keluarga nahas. Al-Fatihah buat arwah...

Sumber gambar-kredit to facebook/groups/berita.

Kata tuan diari: kelab FMC(Familia Myvi Club) betul2 dah buat aku benci dengan pelumba jalanan ni. Bukan aku je tapi 1Malaysia panas. 

Nasib korang la kena hukuman penjara lepas ni. Kalau ikut hudud, lagi terbela nasib anak2 yatim piatu yang dah teraniaya tu.

Berani buat, berani tanggung!

May 5, 2015

Jom mengundi!

Salam all,

Hari ini mak, ayah & adik kita keluar mengundi...😋😄


So, my adik la yang 1st time mengundi kat sana. Tak biasa sangat PRK kat Malaysia. Sebelum ni mengundi kat Uganda je dia tau..😝😜


Feeling pakai inai kejap. He3.. Bila la ko nak kahwin ek ilah?!.. Rindu pulak time jaga ko masa kecik2 dulu~

 
Dah besar pun adik perempuan kita yang sorang ni. But still you can't beat me! Ha3..


Antara gambar hit dalam group whatsapp my family. Ayah yang berkepak with mak yang makin pandai berselfie welfie.. Peace tangan terbalik tu yang tak tahan tu..😝😜

Apa2 pun selamat mengundi ye kepada seluruh orang2 Rompin. Nanti kita  tunggu final result sama2 ye.

Kata tuan diari: All the best for all~

May 1, 2015

Jeruk asam jiran.

Salam all,

Apabila jiranku memulakan projek asam jeruknya...


Even kita bukan hantu jeruk, asam dan seluruh keturunannya.. Tetap terima pemberian jiran dengan hati terbuka.

Rasa asam jeruk ni takdelah masam sangat. Nasib tekak boleh terima.. Alhamdulillah..


By the way, Happy holidays to all!!

Kata tuan diari: tengah berfikir siapa yang nak tolong habiskan 10biji asamboi dalam jeruk asam ni..😅😋😖😆