September 30, 2015

Mood raya lagi..

Salam all,

Raya Eidul Fitri dah lama berlalu. Raya Eidul Adha pun baru saje menjelang. Pejam celik pejam celik rupanye lama sungguh kita beraya. Tambah2 lagi bila bertindan dengan musim cuti sekolah..πŸ˜πŸ˜…

Cerita banyak kita dah peram. Terasa sangat makcik2 bila semua benda nak share kat sini. InsyaAllah, slow2 kita sembang2 lagi ye..😜😘


D.a.k: Jannah pun dah pandai merangkak. Now dah boleh bertatih2 sambil paut2 dinding & kerusi. Alhamdulillah, moga sihat selalu ye anak..

July 1, 2015

Bunjut Abate yang praktikal.

Salam all, 

Alhamdulillah.. Masih lagi bernafas di bumi Allah. Diam tak diam sekejap je dah masuk bulan Julai 2015. Moga segala yang dirancang sentiasa dipermudahkan Allah. Aamiinnn~😊😎

Kali ni kita nak parking story tentang ABATE. Ye la, kan negeri Selangor ni popular dengan wabak denggi. So abate ni la yang kita guna buat tabur dalam air takungan/kolah mandi.

Paling penting cara guna abate yang kita nak share ni bertahan sampai 2bulan. Ye 2 BULAN uolls! Best kan?!

Okay, jom kita check apa yang kita perlukan untuk projek nyah denggi kali ni..πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»


Firstly, sediakan kain kasa atau kain perca. Pastikan kain tersebut tidak terlalu jarang.


So kalau nak potong kain tu kena agak2 la. Saiz sederhana dah okay. So, kain yang kita guna kali ni terlalu panjang. Solution~kita lipat dua je. 


Haa, tu la rupa abate yang kita selalu pakai. Packaging tak sama sebab 1 beli kat kedai. Satu dapat free..πŸ˜ŠπŸ‘πŸ»

Just curah 1peket abate ke bahagian tengah kain. Then bunjutkan ia. Ikut kreativiti masing2. Make sure takde lurahan yang terlondeh ye (apa jenis ayat aku pakai ni..) so that abate pun takde la keciciran..


Lastly, ikat dengan getah gelang dan siap! Reason ikat dengan getah? Mudah, murah&praktikal.

Kalau tali pun boleh tapi susah nak ikat guna sebelah tangan. Nak jahit pun boleh tapi cukup 2bulan tak kuasa kita nak tetas jahitan untuk new batch abate..

Paling penting cara nak merendam abate guna kaedah kak ton ni ye.. Kikiki..
1- standby bunjut abate korang.
2- rendam bunjut sikit kat permukaan air.
3- kocakkan secara rawak. Nak ganas2 pun boleh tapi kalau bunjut terlerai korang tanggung sendiri.
4- lepaskan bunjut dengan gembira. Hehehe..

Pastikan kolah air korang dah dibersihkan terlebih dahulu untuk kesan maksima.


D.a.k: tengah consult dengan diet atkins. Terasa angka 7 itu sungguh besar even mati hidup balik pun ramai tak percaya yang berat itu adalah berat aku. So kipidap!!

Salam Ramadhan Kareem..

Salam all,

Pejam celik pejam celik dah pun setengah bulan kita berpuasa. Alhamdulillah dan InsyaAllah moga kita semua terus perkasa untuk beribadah sepanjang bulan Ramadhan ni even cuaca adalah sangat terik (35-37deg tu..).

                  Kredit to google

So, banyakkan beribadah dan beramal bakti tak kira la terhadap Allah, sesama insan mahupun kepada diri sendiri.

Moga amalan pahala kita terus berlipat kali ganda hasilnya. Aamiinnn~

D.a.k: ada ngelat terawih tak kali ni?!



May 26, 2015

Bisnes kuih raya 2015

Salam all,

Alhamdulillah, bersua jua kembali dalam blog ni. Okay, dah nak dekat seminggu lebih kita tak blogging ek. 

Haritu dah teringat nak update tapi disebabkan banyak kena travel tambah dengan busy bisnes kuih raya.. Hohoho~

Jangan tak tau ye.. Ai olls memang penjual kuih raya bermusim ye. Tiap2 tahun buat.

So kalau ada teringin nak buat kudap2 sebelum raya 2015 ni, silalah order. Details boleh pm/WA/msg ye..



Semua ada 6 jenis kuih. Kalau cek kat mudah.my pun ada. Tak kira la nak beli borong ke, nak buat hantaran ke, gift ke-packaging memang dah cun.

Apa2 pun, kita memang jual kuih tak banyak jenis sebab kualiti lebih utama daripada kuantiti..

Kata tuan diari: rugi kalau tak cuba!

May 13, 2015

Puding jagung yummy!!

Salam all,

Semalam tekak terasa nak makan puding. So belek2 barang apa yang ada kat dapur.. Alhamdulillah, ngam untuk resepi puding jagung la..😍😊

So, resepi dicedok dari facebook. Tak ingat pulak empunya asal resepi ni. Mohon halal la ye untuk perkongsian bersama..

Bahan2 adalah sangat mudah. Sila rujuk di bawah..

Bahan2:-
- 1cawan tepung kastard
- 1cawan jagung manis
- 1 1/2cawan susu cair
- 3/4cawan gula pasir
- 3cawan air
- 1sdb mentega

Cara2:-
 - masukkan tepung kastard, gula&jagung manis terlebih dahulu.
- kemudian campurkan susu cair sedikit demi sedikit untuk elak adunan bergentel/berketul2.
- masukkan air dan kacau di atas api yg sederhana.
- dah nak kental, masukkan mentega.
- kacau sehingga adunan menjadi likat.
- cedok adunan ke dalam acuan kesukaan anda.
- sejukkan di luar sebelum masukkan ke dalam peti ais.

Memang senang sebab 1st trial pun memang menjadi punya. Nak snap gambar masa proses memasak tu tak sempat pulak sebab tangan busy menggodak puding atas api sambil suap lunch kat yusra jamilah. Huuu.. Terer kan??

Kat bawah ni gambar mase dah siap2 tuang dalam bekas acuan. Memang korek2 cari tupperware kek kenduri, bekas aiskrim mcD and etc.. Ha3


Siap hias dengan kismis lagi.. Tu pun sebab nak clearkan peti ais. Semak mata tengok bahan2 banyak tahap last kopek..


Yang ni gambar jamilah yang tolong snapkan. Macam tak percaya pulak. Tau2 dah ade dalam phone album. Entah bila masa dia ambik phone pun tak sedar..

So, selamat mencuba ye!

Kata tuan diari: buat bisnes pun okay jugak ni. Ni pun tengah cari idea nak tolong yusra; create something untuk teacher's day. Harap2 menjadi..πŸ˜ŠπŸ‘πŸ»πŸ˜Ž

May 11, 2015

Lampu picit dan bayang2..

Salam all,

Entry tertunggak punya cerita.. Kan haritu  ada cuti panjang (wesak&labour day).. Tambahan lagi ada kes nahas jalanraya yang tragis tu😭😭😭.. Terus lupa nak buat entry niπŸ˜…πŸ˜…..

Alkisahnya, atuk yusra&jamilah(atuk klang) ada bagi present.. Padahal selalu je dorang ni pow atuknye.. Kali ini 2,2 excited dapat mini torchlight.

Tak jauh pun nak cari. Pasar malam je pun. Murah pun iye..

So bermulanya idea eksperimen kak yusra malam tu. Yang kak jamilah macam biasa~ I Follow..πŸ˜‹πŸ˜œ


Haaa... Kak yusra punya syok sampai tak berkelip mata tengok bayang2 lampu picit tu. kak jamilah pulak pura2 tido..😝


So, kajian yusra ini membuktikan bahawa sebarang objek berjaya menghasilkan bayang2 selagi objek tersebut dapat menghalang cahaya.πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

Ada sekali tu saje suruh yusra pandang dinding. Then pinjam lampu picit tu and suluh dari belakang kepala dia..

Sekali dia punye jerit gelabah memang tak boleh tahan. Sebabnya terkejut tengok bayang2 rambut 'durian' dia sendiri..

Hahahahahahaha~

Kata tuan diari: bayang2 rambut 'durian' yusra memang agak menakutkan.. Ade mase nanti kita selit dalam entry lain okay..πŸ™ŽπŸ»πŸ’πŸ»

May 7, 2015

Duka di hujung minggu.

Salam all,

Ketika rakyat Malaysia sedang bercuti panjang, kita semua digemparkan dengan kejadian nahas jalanraya.

Amat menyedihkan hati apabila nahas meragut 3beranak dengan salah seorang hanyalah bayi perempuan berusia 7bulan(lebih kurang jannah je..).. 


Bersamanya ialah kedua ibu bapanya yang turut menerima nasib yang sama. Manakala 2orang kakaknya tiada semasa nahas berlaku dipercayai tinggal di rumah neneknya sejurus tamat majlis kenduri di Putrajaya..


Dipercayai kenderaan pacuan 4roda pajero suv milik arwah telah bergesel dan terbalik berpunca daripada sikap pemandu myvi yang sedang berlumba di lebihraya DUKE lebih kurang jam 1.05 pagi.

Sebanyak 6biji kereta telah terlibat namun 2biji kereta sahaja yang terkandas akibat nahas tersebut. 


Akibat pergeseran dan hentaman kuat, mangsa penumpang pajero didapati telah tercampak keluar dari kenderaan dan maut ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Pemandu pajero pula dikatakan maut di tempat kejadian. Manakala kedua2 pemandu myvi sekadar cedera ringan.


Sekelip mata, dua orang anak arwah menjadi yatim piatu. Yang sulung baya yusra-7tahun. Yang no2 pula 4tahun baya jamilah..😭😭😭


Didoakan semoga hidup adik2 dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada Allah dan ahli keluarga adik2 ye. Alhamdulillah, paksu adik2 sanggup menjaga adik2. Bakal maksu pun turut sama ingin menjaga adik dengan ikhlas..


Takziah buat ahli keluarga nahas. Al-Fatihah buat arwah...

Sumber gambar-kredit to facebook/groups/berita.

Kata tuan diari: kelab FMC(Familia Myvi Club) betul2 dah buat aku benci dengan pelumba jalanan ni. Bukan aku je tapi 1Malaysia panas. 

Nasib korang la kena hukuman penjara lepas ni. Kalau ikut hudud, lagi terbela nasib anak2 yatim piatu yang dah teraniaya tu.

Berani buat, berani tanggung!

May 5, 2015

Jom mengundi!

Salam all,

Hari ini mak, ayah & adik kita keluar mengundi...πŸ˜‹πŸ˜„


So, my adik la yang 1st time mengundi kat sana. Tak biasa sangat PRK kat Malaysia. Sebelum ni mengundi kat Uganda je dia tau..😝😜


Feeling pakai inai kejap. He3.. Bila la ko nak kahwin ek ilah?!.. Rindu pulak time jaga ko masa kecik2 dulu~

 
Dah besar pun adik perempuan kita yang sorang ni. But still you can't beat me! Ha3..


Antara gambar hit dalam group whatsapp my family. Ayah yang berkepak with mak yang makin pandai berselfie welfie.. Peace tangan terbalik tu yang tak tahan tu..😝😜

Apa2 pun selamat mengundi ye kepada seluruh orang2 Rompin. Nanti kita  tunggu final result sama2 ye.

Kata tuan diari: All the best for all~

May 1, 2015

Jeruk asam jiran.

Salam all,

Apabila jiranku memulakan projek asam jeruknya...


Even kita bukan hantu jeruk, asam dan seluruh keturunannya.. Tetap terima pemberian jiran dengan hati terbuka.

Rasa asam jeruk ni takdelah masam sangat. Nasib tekak boleh terima.. Alhamdulillah..


By the way, Happy holidays to all!!

Kata tuan diari: tengah berfikir siapa yang nak tolong habiskan 10biji asamboi dalam jeruk asam ni..πŸ˜…πŸ˜‹πŸ˜–πŸ˜† 

April 30, 2015

Happy holidays!!

Salam all,

Esok adalah hari cuti umum di Malaysia. 1st May is a Labour Day yang jatuh pada hari jumaat. Selang sehari lepas pada tu adalah Wesak Day. 

                 Sumber: Mr Google

Maka, sudah tentu2lah ramai yang akan mengambil peluang untuk bercuti panjang.. Option utama adalah balik kampung..πŸ˜πŸ˜ŽπŸπŸ„πŸ“πŸ‘πŸŒ΄πŸŒΎπŸŒ³

Tak kurang juga bercuti makan angin ke pulau2 peranginan..πŸ„πŸ»πŸŒŠπŸ‡²πŸ‡Ύ Bestnya!!


Diingatkan agar sentiasa berhati2 dalam pemanduan. Kekalkan etika mulia ketika berada di jalan raya.

Bagi pasangan yang nak bernikah, bersanding-diucapkan Selamat Pengantin Baru!!


Apa2 pun enjoy your holidays. Happy holidays all!!

Kata tuan diari: Salam Hari Pekerja&Happy Wesak Day. Mode cuti2 di rumah sahaja lah kali ini..

The Black Pearl of Peihoo?!

Salam all,

Dulu ada ternampak post ni kat facebook. Kisah berkaitan filem Pirate of Caribbean..

Sungguh kita tak sangka yang rupa2nya cerita ni ada kaitan juga dengan sejarah melayu purba. Zaman bila kita tak berapa  pasti pula..

Niat hati kalau jumpa buku ni memang nak beli buat koleksi bacaan(koleksi untuk dibaca okay..). Agak2 celah mana la kita boleh try cari buku ni ye??


Kata tuan diari: dari kecil memang minat membaca terutama buku kisah2 rakyat. Banyak sejarah datuk nenek moyang yang kita boleh faham dan ambil tahu. Niat untuk ajak anak2 suka buku bacaan bersejarah(mungkin ada juga selitan dongeng). InsyaAllah~

April 29, 2015

Cubaan minum air.

Salam all,

Apabila Jannah menggelupur dek ternampak akan botol air mineral..


Allah dah bagi nikmat pada Jannah untuk pandai merasa apa itu air.. Alhamdulillah~


Berusaha belajar tanpa kenal erti lelah ye wahai anak..


Kata tuan diari: tengah sibuk google resepi makanan awal kanak2. Sedap2. Takut nanti yang 'ternaik' berat badan mak budak pulak. Naya sungguh!😭😭😱

Princess diaries..

Salam all,

Apabila sel2 otak anak bergabung.. Inilah hasilnya...


Pementasan drama di depan cermin malam semalam betul2 menguji kesabaran ibunya ini..

Sketsa menyisir rambut tak lepas ke bawah benar2 berjaya membuat rambutnya kusut masai bergulung2 macam rambut gimbal.

Bila dah berambut gimbal nak sikat dan syampu pun jadi masalah. Umpama rambut dreadlocks. So keputusan terakhir-rambut itu wajib potong/dileraikan.. WAJIB!!


Syarahan percuma turut diberi beserta amaran pembotakan kepala jika perkara yang sama berulang..


Pemilik rambut gimbal/dreadlocks pada suatu masa dahulu itu..πŸ˜…πŸ˜‰

Kata tuan diari: pesalah didapati bersalah kerana telah menyalahgunakan fungsi sikat dan telah diberi amaran keras. Moga ada kesedaran yang berpanjangan.. Aamiinnn~

April 28, 2015

Adikku konvo dah!!

Salam all,

Alhamdulillah, akhirnya selamat sudah majlis konvo adikku. So far dalam adik beradik, dia yang paling tinggi gred capaian akademik sebab melepasi level diploma2 dan ijazah2 yang kakak abang dia ni..


So dah dapat Master ni bolehlah rileks kejap sementara fikir nak sambung Phd kat mana..



Anyway, I'm happy for you. We're happy and proud for you. May this thing bloom your life and bring a good start in your future.

Aminnn. May Allah bless us all~

Kata tuan diari: tengok orang konvo terasa tak sabar nak further study. Kalau dapat peluang abroad-fuhh fuhhh~😱😍😭