April 25, 2015

Kek jagung blender versi kukus.

Salam all,

Kali ni kita nak share resepi pulak. Resepi kek jagung blender. Pakai blender-of course senang gila! Kukus je.. Haahaha~


Nampak tak yang berderai2 tu? Tu sebab try letak ovallette konon nak bagi lembut. 

Rupanye bila dah guna jagung manis creamy ni dia memang dah boleh lembutkan kek(sebab ada krim kan..) So kek ni pun dah macam sponge pulak. Tapi overall memang puas hati sebab menjadi. Yeayyy!!

Resepi asal copy dari blog MY KITCHEN YOUR HEAVEN tapi ada alter sikit la sebab nak penuhi impian dan tekak sendiri.. He3

Resepi asal kat link ni http://ranila76.blogspot.com/2012/01/kek-jagung-kukus.html?m=1

So resepi versi D.A.K yang selamba ni macam kat bawah:-

Bahan untuk diayak:-
2cawan tepung gandum
1sudu teh baking soda
1sudu teh baking powder

Bahan untuk di blend:-
(Sila blend ikut turutan)
1cawan minyak masak
1sudu besar ovallette(optional)
3/4cawan gula pasir(nak manis boleh letak 1cawan)
1cap esen vanilla(guna penutup botol esen je)
1biji telur

Bahan untuk kaup balik:-
1cawan jagung manis berkrim
1sudu teh garam halus

Mula2 panaskan air kukusan. Start ayak tepung2 tu dalam satu bekas.Then standby blender pulak.

Masukkan bahan2 ikut turutan. Blend minyak, ovallette(optional)dan gula sampai gula hancur. Masukkan esen vanilla dan telur. Blend lagi sampai telur agak2 kembang.

Dah siap blend curah slow2 ke dalam tepung yang dah diayak tadi. Tuang sikit2 bagi elak tepung bergentel. 

Lastly, masukkan jagung dan garam. Kaup balik sampai sebati.

Letak dalam bekas yang bergris/diminyakkan. Kita guna tupperware tahan panas pun boleh. Kukus dalam 30-45min sampai kek masak.


Jangan lupa lapik penutup periuk tu dengan kain. Tujuannya-elak air menitik atas kek dan elak permukaan kek jadi macam gunung ganang volcano. So not pretty..

Kita pakai kain napkin bersih yang dah tak pakai lagi buat ikat kat atas. Simple je..

Kata tuan diari: buat sekali pasti nak lagi. Jangan lupa sedekah kat jiran sebelah rumah ye..🍰😎👍🏻

Mari kreatifkan diri..

Salam all,

Bila bosan tengok mainan anak2 yang tak boleh nak relate dengan lagu Fingers' song, so inilah hasilnya...


Siapa tahu lirik lagu ni boleh sangat la buat. Nak rase 'up & classy' lebih, boleh try guna felt cloth(deco sendiri la ye) then sarung je kat jari2 tu..👍🏻👍🏻

So kalau lagu pak mamat ada kebun(old mc donald has a farm), sila la ganti lukisan wajah manusia tu dengan wajah2 haiwan..(haaa, bi belum buat sebab baru terfikir mase taip ni)..

All the best parents!

Kata tuan diari: sebab warna black tak berapa tebal, so jannah take time nak captured all the images. Lastly, bila dah nampak baru dia grab dan acah2 gigit kesemua jari2 itu..😅😜

April 24, 2015

Perihal anak2 dara Tuan Diari..

Salam all,

Salam hari Jumaat dan salam bulan Rejab (muslim calendar) buat semua..

Hari ini kita belanja gambar anak2 la pula. Ok yang 1st ni gambar kak yusra yang kepenatan lepas seharian bersekolah tapi ada hati nak keluar berjalan ambik angin malam. Singgah office suami ambik mesin&tools untuk piling test.


Yang 2nd ni kak Jamilah yang suka sangat bergambar. Tapi gambar ni snap mase dia tengah tido. Saje suruh tido dalam tu sebab payah sangat nak tido tengahari and it works! Horeyys!!


Gambar paling last is my baby Jannah. Dah genap 5bulan pun semalam. Paling suka bangun awal compare to kakak2nya. Paling sweet suka senyum dan tak banyak meragam. Esok besar ni mesti macam ibu jenis orang yang rileks je. Down to earth, jenis selamba.. Angkat bakul sendiri nampak!!!


Kata tuan diari: my lovely 3 dara pingitan. Moga kita semua dikurniakan anak2 yang soleh solehah. Buat yang belum ada zuriat, mohon jangan terasa-turut mendoakan anda2 juga untuk segera dikurniakan anak. Aaminnn~

Bila belalang kamen raider datang menyerang..

Salam all,


Petang semalam bawa jannah ambik angin petang sambil buang angin kentut kat tepi pokok2 bunga tepi rumah ni.


Sekali ternampak mr kamen raider. Tak cakap banyak terus tangkap then baru snap. Klik..klik..



Rupanye ni la namanye belalang kunyit. Menyesal pulak lepaskan makhluk perosak ni terbang semula. Kalau tahu awal2 boleh sangai goreng makan. Nak tau jugak rasa dia macam mana. 

Dulu2 camping pengakap pun asyik panggang ikan&ayam, masak makanan tin, bakar ubi dalam tanah je. Buat roti lilit then panggang atas bara pun ada. 

Rindunya duduk dalam hutan.. Paling rindu part mandi sungai.. Wuwuuwuu~

Kata tuan diari: Valanga nigricornis nama saintifik dia (kredit to wikipedia). Tengok huruf V valanga terus bayang rase kuih vadei.. Dey yennnadeyy!!


April 23, 2015

Cepatnya anak membesar.

Salam all,

Bila jannah dah mula merasa nak makan, semua benda dia nampak sedap. Mulut mula kumat kamit siap ada sound effect berdecit2 lagi.


Bayang gigi pun dah ada. Memang tunggu masa je nak makan ni.. Umur baru 4bulan kot. Macam awal sangat pulak..


Dulu selalu dengar orang cakap kalau cepat tumbuh gigi lambat la anak berjalan. Tapi tak kisahlah asalkan Jannah sihat, anak2 semua sihat..

Kata tuan diari: tiap kali ada baby memang lupa progress anak kena buat apa, kena pandai apa. Sindrom mak2 makin menebal.. Sigh~

April 22, 2015

Bila ribut nak melanda..

Salam all,

Bila dah letih dengan kerja seharian, marilah keluar seketika untuk tenangkan fikiran..


Tengah menghadam berita2 terkini(jauhkan mengumpat ye!) tiba2 nampak gulungan awan besar gelap nun di atas. Capai phone dan snap..


Snap dan snap lagi.. Pokok2 kelapa tu dah meliuk lentuk kena tiup dek angin.


15min di luar.. Cukup la untuk hirup oksigen2 kat luar ni..☺️☺️. Ada kelapangan kita santai2 lagi..

Kata tuan diari: 3minit masuk rumah terus hujan rintik2 membasahi bumi. Alhamdulillah..

April 21, 2015

Pokok kurma mak ayah.

Salam all,

Tengah2 kerja terperasan ada mesej masuk. Dah free sikit baru duduk atur punggung elok2 atas kerusi.

Oh mak bagi mms. So kita buka dan check. Wah3, reporter kampung(sayang kat mak😘😘) semakin cekap sekarang. Berikut hasil laporan yang telah dibuat..


So dah share dalam family group whatsapp. My abang siap cakap boleh sangat ni untuk buat berbuka puasa tahun ni. He3..

Alhamdulillah~

Kata tuan diari: berbudi pada tanah memang menguntungkan..😊👍🏻🌱