April 1, 2010

Din Beramboi kritikal sbb air kncing tkus??

Lps 1, 1 jns virus yg de kt M'sia ni..Skg ni pun kite sume still takut2 dgn virus H1N1 even dh suam2 kuku la bb xsume pun yg nk pkai tpeng muke klu time nk kuar tu kan..Tp lg skli kite PERLU berasa takut dgn jns virus yg trbaru nih..

Din & Aznil sllu riuhkan pagi kite dr ERA station.

Sure korg dh tau kan cite psl Din Beramboi yg tgh kritikal skg..Start dr kes dia kna msuk ICU bru la virus ni jd trkenl..Virus air kncing tikus..Euyww..pebende tu??

Imej Leptospirose (200 times) gune dark-field microscope

LEPTOSPIROSIS adalah merupakan penyakit yang disebabkan oleh Bakteria LEPTOSPIRA. Kalau dilihat melalui mikroskop bentuk virus ini adalah berbentuk spiral dan boleh hidup dalam air tawar selama satu bulan atau lebih. Ia tidak boleh hidup dalam air laut.

CARA PENYEBARAN KEPADA MANUSIA
Air, Tanah atau Tanaman yang telah dikotori oleh air kencing haiwan yang mengidapi leptospirosis. Ia akan memasuki ke badan manusia dengan pelbagai cara antaranya melalui mata,hidung, kulit yang melecet atau makanan yang dicemari oleh najis terutama air kencing haiwan yang telah dijangkiti Bakteria LEPTOSPIRA.

SIMPTOM-SIMPTOM TERKENA JANGKITAN
Demam tinggi,menggigil, Sakit Kepala, Lesu / lemah,Muntah-muntah , radang mata, rasa nilu dibahagian betis dan punggung. Simptom-simptom ini cuma akan kelihatan antara 4 hari ke 9 hari selepas jangkitan.Maka adalah wajar untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan sebelum terkena.

KOMPLIKASI YANG BAKAL DIHADAPI OLEH MANGSA YANG DIJANGKITI
Pada bahagian hati akan menjadi kekuningan pada hari ke 4 dan ke 6. Kegagalan Ginjal (buah pinggang) .Jantung berdebar-debar tidak menentu,membengkak dan gagal berfungsi. Pada bahagian paru-paru pengidap akan merasa nyilu,batuk ber
darah dan sesak nafas. Akan berlaku pendarahan dalaman kerana kerosakan pada pembuluh darah pada saluran pernafasan,pencernaan,buah pinggang,alat sulit dan mata. Bagi pengidap yang hamil akan berlaku keguguran dan kandungan sama ada lahir tidak cukup bulan,lahir cacat atau kandungan mati semasa lahir

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DIAMBIL.
Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari. Cuci tangan dengan sabun sebelum makan. Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka. Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dsbnya.

Menjaga kebersihan sekeliling,sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari. Dan pastikan kita hapuskan tikus-tikus yang berkeliaran

Bakteria Leptospira dlm tisu buah pinggang - gune teknik silver staining.

Ikutkan banyak lagi cara-cara untuk mencegah,tetapi mungkin adakalanya kita mudah terlupa atau lalai. Paling mudah perkara ini berjangkit bagi aku adalah melalui Bekas Tin terutama minuman ringan yang diletak ditempat terbuka. Jadi ingat-ingatlah jangan main teguk jer air tuh..Cuci bahagian atas atau pun minumlah menggunakan straw.

**catatan di atas Nur amik drp blog Jai. Nur rase kite kna bgtau yg lain psl virus ni bb slma ni klu kite nk msk/minum mne nk pernahnye kite nk basuh tutup tin/atau bks mknn tu. Dh pgg2 bks tu lg kite cekup mknn then trus msuk mulut..igtkan dh bsuh tgn dh slmt..upenye bkteria yg de kt bks mknn tu dok melekt kt tgn yg kite wat cekup/gaul mknn..yg mnum air tin lak..xpndg kiri knn trus togak je..ish, ngerinye..

**Actually bnda ni dh start ragut nyawe org dr awal thn 2010 ni gak. De lg 1 ni kish benr psl bahana virus kencing tikus ni gak..Happened at Johor. So, pd yg nk tau jz klik SINI..AlFatihah buat arwah..

2 comments:

maslinamansor said...

yang penting kebersihan kena jaga... :)

ardinihumaira said...

risau gak kan. dni asik demam je skang. huhu