May 13, 2015

Puding jagung yummy!!

Salam all,

Semalam tekak terasa nak makan puding. So belek2 barang apa yang ada kat dapur.. Alhamdulillah, ngam untuk resepi puding jagung la..😍😊

So, resepi dicedok dari facebook. Tak ingat pulak empunya asal resepi ni. Mohon halal la ye untuk perkongsian bersama..

Bahan2 adalah sangat mudah. Sila rujuk di bawah..

Bahan2:-
- 1cawan tepung kastard
- 1cawan jagung manis
- 1 1/2cawan susu cair
- 3/4cawan gula pasir
- 3cawan air
- 1sdb mentega

Cara2:-
 - masukkan tepung kastard, gula&jagung manis terlebih dahulu.
- kemudian campurkan susu cair sedikit demi sedikit untuk elak adunan bergentel/berketul2.
- masukkan air dan kacau di atas api yg sederhana.
- dah nak kental, masukkan mentega.
- kacau sehingga adunan menjadi likat.
- cedok adunan ke dalam acuan kesukaan anda.
- sejukkan di luar sebelum masukkan ke dalam peti ais.

Memang senang sebab 1st trial pun memang menjadi punya. Nak snap gambar masa proses memasak tu tak sempat pulak sebab tangan busy menggodak puding atas api sambil suap lunch kat yusra jamilah. Huuu.. Terer kan??

Kat bawah ni gambar mase dah siap2 tuang dalam bekas acuan. Memang korek2 cari tupperware kek kenduri, bekas aiskrim mcD and etc.. Ha3


Siap hias dengan kismis lagi.. Tu pun sebab nak clearkan peti ais. Semak mata tengok bahan2 banyak tahap last kopek..


Yang ni gambar jamilah yang tolong snapkan. Macam tak percaya pulak. Tau2 dah ade dalam phone album. Entah bila masa dia ambik phone pun tak sedar..

So, selamat mencuba ye!

Kata tuan diari: buat bisnes pun okay jugak ni. Ni pun tengah cari idea nak tolong yusra; create something untuk teacher's day. Harap2 menjadi..😊👍🏻😎

No comments: